Pages

Thursday 29 December 2011

Budaya Penceraian Rakyat Malaysia

Berita megenai kes penceraian di Malaysia agak meruncingkan. Penceraian telah menjadi perkara biasa dan satu budaya atau gaya hidup terutama pasangan suami isteri yang berugama Islam. Penceraian membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Penceraian adalah jalan yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.


Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit!. Ia menjadi perkara yang amat membimbangkan kerana akan wujudnya masalah sosial terutama anak-anak. Pada tahun 2002, sekitar 13,937 kes telah dicatatkn. Sepanjang tahun 2007 dan 2008 sebanyak 75,299 direkodkan. Ia suatu jumlah skala besar yang harus diberikan perhatian serius. Ia juga menunjukan institusi keluarga dipandang remeh sehingga menjadi perkara ‘main-main’ golongan tertentu.





Perkahwian merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Seperti mana diterangkan di dalam Al- Quran:



Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ( Ar – Rum, 21).

Ayat di atas menerangkan pasangan suami isteri perlu ada komitmen dalam berumah tangga. Tiada komitmen yang memyebabkan keruntuhan rumah tangga berlaku.
Pandangan cerai melalui konteks Islam ialah “sesuatu yang dihalalkan tertapi amat dibenci ALLAH S.W.T “. Islam megajar supaya penceraian adalah suatu jalan terakhir bila tiada persefahaman di dalam perkahwinan. Terutama sekali terhadap para Isteri – kepada Isteri yang meminta dicerai tanpa alasan niscaya tidak cium bau syurga kecuali ada sebab yang munasabab.

Antara alasan yang menjadi pencetus kepada soal penceraian adalah kerana, kurang interaksi, masalah kewangan dan ganguan orang ketiga. Kenapa kurang berinteraksi- ia terjadi kerana sibuk megejar kerjaya masing-masing sehingga tiada masa bersama untuk berbicara. Ada juga si suami yang ambil kisah perihal rumah tangga secara remeh temeh, sehingga membuat isteri tertekan kerana menguruskan perihal rumah tangga sedirian tambah teruk lagi jika isteri itu juga berkerja. Masalah kewangan memang masalah yang biasa tetapi sepatutnya pasangan suami isteri kena pandai meguruskan kewangan jika perlu isteri perlu kerja untuk membantu si suami. Masalah orang ketiga pada masa sekarang bukan timpul sebab kegatalan si suami sahaja tetapi si isteri pun ada. Contonya baru-baru ini si isteri tipu si suami kata balik kampung tetapi megikut seorang lelaki Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana, Alor Setar sebelum dicekup berkhalwat.

Kesan buruk membanyak terutama kepada anak –anak. Jiwa dan perasaan mereka akan terganggu kerana kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Antara kesan-kesan penceraian terhadap anak-anak ialah:-

• Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa

• Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya

• Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri

• Mengalami tekanan jiwa dan perasaan

• Perasaan terganggu dan bingung

• Hilang tumpuan pada pelajaran

• Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Akhirnya anak-anak ini terlibat dalam gejala masalah sosial.

0 comments:

Post a Comment