Pages

Monday 19 December 2011

AUKU



Tidak perlulah menggunakan bahasa yang kasar. Seharusnya sebagai seorang yang dewasa perlulah menggunakan medium yang sesuai dalam usaha untuk mendidik mahasiswa. Disamping itu mahasiswa juga perlulah menjadi lebih matang supaya tidak duduk dibawah pemikiran ortodoks.















Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tiggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Isu hangat yang sedang diperkatakan sekarang ini. Pada pendapat aku isu ini tidak patut diperbesarkan, ini kerana hanya akan menganggu proses pembelajaran semua mahasiswa dan mahasiswi. Aku amat tertarik dengan kepada salah satu pindaan yang membenarkan mahasiswa menyertai mana-mana pertubuhan luar kampus termasuk organisasi bukan kerajaan (NGO), yang sebelum ini dilarang sama sekali dalam AUKU. Melalui pindaan ini, mahasiswa yang selama ini hanya bergiat menerusi kegiatan berpersatuan dan kegiatan politik kampus melalui pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kini berpeluang memperluaskan pembabitan mereka di luar kampus termasuk bergiat aktif dalam aktiviti bersama ahli politik. Penulis merasakan langkah yang diambil kerajaan ini mampu membuka lembaran baru dalam kehidupan mahasiswa yang teruja untuk membabitkan diri dalam arena politik tanah air, bukan terhad dalam sekitar kampus. Apabila difikirkan secara rasional, inilah yang sebaik-baiknya kerana tujuan mahasiswa berada di universiti adalah untuk menimba ilmu bukan sahaja di dalam kuliah, malah di luar bilik kuliah.

Dalam waktu yang sama sepatutnya mahasiswa tidak mudah terpengaruh dengan kepentingan mana- mana parti politik yang ada di Malaysia.  Kita perlulah bersih daripada anasir-anasir dan dakyah-dakyah politik di luar sana dan membentuk identiti kita sendiri tanpa mengikut acuan parti politik di luar. Mahasiswa harus membuktikan pindaan AUKU yang lebih terbuka ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menimba pengetahuan, pengalaman serta kemahiran berorganisasi demi kemajuan diri sebagai persediaan apabila tamat pengajian. Biarlah kita menjadi pemerhati bebas dan pengimbang-tara dunia politik semasa dari dalam kampus melalui penyertaan kita di dalam NGO-NGO bebas (contoh PKPIM, ABIM) yang tidak terikat dengan parti politik dalam mengemukakan idea positif dan pandangan membina demi kemajuan bangsa dan negara. 

Berbalik kepada tujuan asal kita berada di institusi pengajian tinggi, seharusnya kita mengutamakan dulu matlamat utama iaitu mendapat segulung ijazah. Sekiranya kita lupa tanggungjawab sebenar sebagai mahasiswa, nescaya kita bukan saja membuang masa dan mensia-siakan harapan ibu bapa, malah menyebabkan masa depan menjadi malap. Dengan kebebasan ini, mungkin ada di kalangan kita lebih banyak berpolitik di luar kampus berbanding aktiviti kuliah dan alpa dalam memperjuang kebajikan mahasiswa.

Sebagai penutup, aku berharap agar semua pelajar mampu menilai kebaikan dan keburukan jika mahu terlibat secara lansung dalam sesebuah parti politik.








0 comments:

Post a Comment