Pages

Thursday 29 December 2011

Budaya Penceraian Rakyat Malaysia

Berita megenai kes penceraian di Malaysia agak meruncingkan. Penceraian telah menjadi perkara biasa dan satu budaya atau gaya hidup terutama pasangan suami isteri yang berugama Islam. Penceraian membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Penceraian adalah jalan yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.


Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit!. Ia menjadi perkara yang amat membimbangkan kerana akan wujudnya masalah sosial terutama anak-anak. Pada tahun 2002, sekitar 13,937 kes telah dicatatkn. Sepanjang tahun 2007 dan 2008 sebanyak 75,299 direkodkan. Ia suatu jumlah skala besar yang harus diberikan perhatian serius. Ia juga menunjukan institusi keluarga dipandang remeh sehingga menjadi perkara ‘main-main’ golongan tertentu.





Perkahwian merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Seperti mana diterangkan di dalam Al- Quran:



Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ( Ar – Rum, 21).

Ayat di atas menerangkan pasangan suami isteri perlu ada komitmen dalam berumah tangga. Tiada komitmen yang memyebabkan keruntuhan rumah tangga berlaku.
Pandangan cerai melalui konteks Islam ialah “sesuatu yang dihalalkan tertapi amat dibenci ALLAH S.W.T “. Islam megajar supaya penceraian adalah suatu jalan terakhir bila tiada persefahaman di dalam perkahwinan. Terutama sekali terhadap para Isteri – kepada Isteri yang meminta dicerai tanpa alasan niscaya tidak cium bau syurga kecuali ada sebab yang munasabab.

Antara alasan yang menjadi pencetus kepada soal penceraian adalah kerana, kurang interaksi, masalah kewangan dan ganguan orang ketiga. Kenapa kurang berinteraksi- ia terjadi kerana sibuk megejar kerjaya masing-masing sehingga tiada masa bersama untuk berbicara. Ada juga si suami yang ambil kisah perihal rumah tangga secara remeh temeh, sehingga membuat isteri tertekan kerana menguruskan perihal rumah tangga sedirian tambah teruk lagi jika isteri itu juga berkerja. Masalah kewangan memang masalah yang biasa tetapi sepatutnya pasangan suami isteri kena pandai meguruskan kewangan jika perlu isteri perlu kerja untuk membantu si suami. Masalah orang ketiga pada masa sekarang bukan timpul sebab kegatalan si suami sahaja tetapi si isteri pun ada. Contonya baru-baru ini si isteri tipu si suami kata balik kampung tetapi megikut seorang lelaki Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana, Alor Setar sebelum dicekup berkhalwat.

Kesan buruk membanyak terutama kepada anak –anak. Jiwa dan perasaan mereka akan terganggu kerana kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Antara kesan-kesan penceraian terhadap anak-anak ialah:-

• Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa

• Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya

• Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri

• Mengalami tekanan jiwa dan perasaan

• Perasaan terganggu dan bingung

• Hilang tumpuan pada pelajaran

• Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Akhirnya anak-anak ini terlibat dalam gejala masalah sosial.

The Scorpion King 3- 2011




http://www.mediafire.com/?13902707h8s08hh
http://www.mediafire.com/?qosk92ywxk3ynll

Sherlock Holmest- A Game of Shadows 2011



http://www.mediafire.com/?cq4l8sshk5s62nq
http://www.mediafire.com/?b6uus336dkrbosa

Fesyen Artis Terhebat 2011

hanya 6 orang artis yang aku rasa fesyen dieorang ngetop hahahaha

1)Diana Emir- nampak sungguh manis dengan imej bertudung....


2)Nora Danish - janda hot n voke gitu...opsssss

3)Tiz Zaqyah - memang ramping..... :)

4)Siti Saleha - lemah lembut gitu cik nora elena hehehe

5)Neelofa - dah macam perempuan melayu terakhir...anggun sungguh...

6)Fazura - kalau dah cantik...pakai pape pun memang padan.. :)

The Darkest Hour 2011







http://www.mediafire.com/?a6a885vytcfa6ih
http://www.mediafire.com/?3twmwd417eibv59

Wednesday 28 December 2011

Khairl Fahmin model masa kini????



Pemain bolasepak bertukar menjadi selebriti? Itulah yang sedang berlaku kepada dunia bolasepak tempatan.
Dari hanya sekadar picisan dan tidak dikenali sesiapa, kehebatan pemain Harimau Muda dan Harimau Malaya telah meningkatkan semangat dan sokongan peminat. Ia sekaligus mengangkat nama-nama pemain bolasepak tempatan seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Nazmi Faiz dan yang paling penting, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol kebangsaan.
Tidak terlepas dari gosip-gosip liar, jejaka kacak dari Kelantan ini telah dipanggil untuk menghiasi muka depan Majalah Glam lelaki isu Januari dan Februari 2012. Khairul Fahmi telah digandingkan bersama seorang model wanita bernama Anastascia untuk isu ini dan digelar ‘World Class Goalkeeper’ oleh Majalah Glam.
Ingin melihat gambar dan cerita lebih lanjut mengenai Khairul Fahmi? Dapatkan Majalah Glam lelaki di pasaran sekarang!
Janji jangan drop performance masa main bola nanti yee....  :)

Jue Aziz sakit???




Nama pelakon cantik yang berusia 28 tahun ini terpalit sedikit kontroversi apabila dia didakwa tidak berdisiplin dan melanggar kontrak dalam menjayakan teater ‘Se-Merah Padi’. Selain didakwa tidak memberi komitmen sepenuhnya, Zuliana Abd Aziz atau Jue Aziz juga dikatakan ditimpa sakit dek terkena buatan orang.
Walaubagamanapun, Jue yang ditemui selepas persembahan teater ‘Se-Merah Padi’ di Istana Budaya, Isnin lalu menafikan dakwaan dirinya bermasalah dan sakit akibat terkena buatan orang sehingga membuatkan namanya hampir digugurkan daripada membintangi teater yang mula dipentaskan sejak 24 Disember lalu.
Jue menyatakan kegagalannya hadir menjalani sesi latihan selama empat hari sebelum ini memang disebabkan masalah kesihatan dan dia telah pun memaklumkan kepada pihak produksi mengenai hal tersebut.Walaubagaimanapun, Jue tidak menafikan mungkin terdapat sedikit salah faham membuatkan dia dianggap tidak berdisiplin.
“Walaubagaimanapun, saya menafikan kononnya saya sakit akibat terkena buatan orang. Walhal sebenarnya badan saya lemah sebab terlalu fokus dengan teater ini sehingga membuatkan saya tertekan. Banya babak yang memerlukan saya bermain dan berlawan dengan emosi. Sampaikan saya meminta doktor untuk memberikan ubat tidur supaya saya boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya,” jelas Jue.
Jue juga turut kesal apabila segelintir pihak media terus-terus membuat spekulasi sendiri yang disifatkannya terlalu melulu.
“Saya sendiri hairan dari manalah mereka (media) dapat sumber sehingga mengatakan saya tidak berdiplin, terkena buatan orang dan macam-macam lagi.
“Setahu saya, penundaan pementasan teater yang diubah dua hari selepas tarikh asal, tidak ada kena mengena dengan diri saya yang dilaporkan ‘hilang’, sebaliknya ia berlaku kerana terdapat masalah teknikal.
“Gara-gara tidak hadir sesi latihan beberapa hari sebab sakit, saya dikecam dan diberi pandangan negatif sedangkan saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap teater ini. Dalam tempoh berehat itu, saya memang tidak melayan sebarang panggilan daripada sesiapa termasuklah media supaya mereka tidak mengganggu mood saya dengan soalan-soalan negatif mereka. Kalau tidak, tentunya tahap kesihatan saya tidak menentu dan ia akan membuatkan saya kurang fokus pada hari pementasan kelak,” ujarnya lagi.
Beberapa hari sebelum pementasan berlangsung, penerbit ‘Se-Merah Padi’, Keno atau nama sebenarnya Megat Mohd Noor Salleh Ghani membuat kenyataan bahawa dirinya kesal dengan sikap Jue yang kurang bertanggung jawab sehingga menyebabkan produksi tersebut terjejas selain dikatakan sudah serik bekerjasama dengan pelakon itu lagi.
Gara-gara ‘kehilangan’ Jue juga juga, pihaknya telah mendapatkan khidmat pelakon pengganti iaitu Abby Nadzri yang merupakan adik kepada pengarah, Ahmad Idham.
Walaubagaimanapun, pelakon filem ‘Abuya’ ini muncul dua hari sebelum pementasan untuk meneruskan latihan sekaligus menjadikan watak ‘Dara’ dibintangi oleh dua pelakon.
“Walaupun terdapat sedikit salah faham antaranya dengan Jue, namun saya gembira kerana Jue serta Abby berjaya menjiwai watak ‘Dara’ dengan berkesan.
“Disebabkan sekarang ini kami mempunyai dua orang ‘Dara’, maka saya menggilir-gilirkan persembahan mereka apatah lagi, kesihatan Jue juga belum sembuh sepenuhnya,” jelas pengarah ‘Se-Merah Padi’ yang sebelum ini turut mengarahkan teater ‘Seri Mersing’.
Diadaptasi dari karya filem klasik terbitan tahun 1956 arahan ikon dan lagenda , P. Ramlee, tetaer ‘Se-Merah Padi’ yang mulai dipentaskan seja 24 Disember lalu sehingga 31 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya menampilkan lakonan mantap Khir Rahman, Fauzi Nawawi, Opie Zami, Zul Huzaimy, Fazlina Dato’ Ahmad Daud serta ramai lagi.